Updates stAtus ; )
hati ini walau telah dilukai namun diri tabah jua menghadapi

wanita : akal Senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita, tanpa mereka, fikiran & perasaan lelaki akan resah, masih mencari walaupun ada segalanya, namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok, untuk diuruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana ia diciptakan sebegitu rupa oleh Allah, didiklah mereka dengan paanduan dirinya, Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar, Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin menderita, KENALKAN mereka kepada Allah yang Kekal, disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu, hati serapuh kaca,kuatkanlah dengan imannya, perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti, mereka akan lihat nilainya dan keadilan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan, ia bukan diskriminasi Allah,sebaliknya disitulah kasih sayang Allah, wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur & tidak menghiburkan. bahkan mereka akan membongkok, itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal 'Rabb'nya...
~ Janganlah diharapkab isteri semulia Fatimah Az-Zaharah, seandainya diri tidak sekuat Ali Karamallah Wajhah.....

No comments: