Updates stAtus ; )
hati ini walau telah dilukai namun diri tabah jua menghadapi

juz 4 fwen~



Memang benar seperti yang dikatakan, kita perlukan kawan. Teman ketawa dan menangis. Tetapi, ada juga orang yang masih merasakan diri dia tidak perlukan kawan. Mungkin orang begini tak faham konsep kawan. Kita tidak dinafikan ada masa tertentu kita perlu bersendirian seketika. Bukan apa, kita juga manusia perlukan sedikit privasi. Tetapi, ada masa tertentu kita perlukan teman.

But, semua ini bergantung pada masa dan keadaan. Jika kita tanggung dan pendam segalanya sendirian, kita tak akan ke mana-mana. Sebab itu, Allah ciptakan Hawa untuk Adam kerana Adam kata dia perlukan teman. Dia sunyi. Allah ciptakan manusia bermasyarakat dan bermacam-macam karekter dan sekaligus menjadikan hidup itu indah dan berwarna-warni. Jadi, siapa cakap, kita tak perlukan kawan. Kita perlukan kawan. Kita perlukan mereka sebagai teman ketawa dan menangis.
so, hargailah kawan yang ada dn sayangilah mereka seperti mereka sayangi anda. .